SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Isnin, 30 Disember 2013

“Generasi Abrar Ahrar Penjana Transformasi Negara”

Assalamualaikum dan Salam 1 Muslim..
Alhamdulilah syukur kerana kita masih dapat bernafas dan meneruskan kehidupan kita pada hari ini..
31 Disember 2013 = 27 Safar 1435 =)


“Generasi Abrar Ahrar Penjana Transformasi Negara”
Berikut merupakan slogan bagi Karnival Inspirasi Al-Quran Belia Felda yang telah berlangsung pada 07 Disember 2013 = 04 Safar 1435, dan karnival ini telah dilaksanakan di Felda Trolak Selatan..
ehem..ehem..kampung Hani tuuu..=)

Antara acara yang dipertandingkan adalah:
- Syarahan Bahasa Melayu
- Syarahan Bahasa Inggeris
- Syarahan Bahasa Arab
- Nasyid Berkumpulan
- Tulisan Khat
- Tilawah Al-Quran
- Menulis Jawi

Alhamdulilah Hani dan Kak Cik aka Tuan Mazira Tuan Othman (my kak cik) juga berpeluang untuk menyertai salah satu dari pertandingan tersebut..
Pertandingan apa??
Biarlah rahsia..=)

Karnival ini melibatkan hampir 21 Felda Wilayah Trolak, banyakkan..
Namun sedikit mengecewakan apabila penyertaan yang dihantar agak kurang mendapat sambutan..
Karnival sebegini mungkin tidak sehebat Karnival Jom Heboh atau Karnival Planet Gempak..

Cuba kita renungkan dan kita fikirkan..
Kita ini ‘Belia’, asset dan harapan Negara, kita antara individu yang bakal memacu Negara..
Dengan pegangan dan pengetahuan apa yang bakal kita jadikan petunjuk dalam memacu Negara yang kita cintai ini di masa depan..

Dimana matlamat kita??
Dimana visi dan misi kita??
Negara yang semacam apa dan sebagaimana yang bakal kita jadikan??



Persoalan yang sedemikian, anda ada jawapannya..
Mungkin jawapan kita berbeza namun berbaliklah semula kepada 3 persoalan yang harus kita tanya kepada diri kita tentang tujuan hidup ini..
1 : Dari mana kita datang
2 : Untuk apa kita datang
3 : Kemana kita akan pulang




Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan Hani ucapkan buat: 
- Pn Jamaliah
- Puan Salmah
- Puan Bibah
- Puan Ju
- En Hasif
- En Alif
- Cik Dayana
- Cik Atirah
- Cik Aida
- Cik Amalina

Dan semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Karnival Inspirasi Al-Quran Belia Felda dan berbanyak-banyak terima kasih kepada my beloved ‘Ummi’ dan family for the support and dorongan, I Love You All, you all the best supporter that I have..=)

Tahniah buat yang menang and for those yang belum ada rezeki untuk menang,
it’s ok insya-Allah boleh cuba lagi, next year still ada..
Yang penting kita happy and enjoy with this ukhwah..
Good Luck for wakil Felda yang akan bertanding di Johor this weekend..

Ingat ‘Man Jadda Wa Jada’..
And for “Sabilan Barokah” you always in my heart..
Until the next entry,
Jaga Iman Jaga Hati Jaga Diri, Assalamualaikum..
   

 

   

Ahad, 17 November 2013

English Study In Marriage



MR SUAMI: Sayang,abang ingat nak nikah lagi la..
MRS ISTERI : Yeke abang,tapi kenapa ye..??
MR SUAMI: Sayang dengar ye abang cakap..
'ISTERI'..
THREE (BI) = TIGA (BM)
1 isteri kita sebut "Is-One"
2 isteri kita sebut "Is-TWO"
Abang sebut "Is-three" jadi boleh la abang tambah lagi 2..
MRS ISTERI : Betul la abang,bijak sungguh suami sayang..
Abang dengar pula ye..
Singular = One
Plural = More Than One
Singular untuk 1 Isteri = 'Wife'
Plural bagi lebih dari 1 Isteri kita kena tambah "S" dekat belakang perkataan 'Wife' jadi 'Wifes'..
1 Isteri abang "Mampu"..
Lebih dari 1 isteri apa jawapannya ye abang..??
MR SUAMI: 'Mampu" + "S" = ..
MRS ISTERI : "Mampus" abang saya kerjakan tau..


*English Study In Marriage,Be Carefull*





Isnin, 16 September 2013

Al-Baqarah: 216


Kadang kala sesuatu hal itu terjadi tanpa pernah kita duga atau di luar batasan pemikiran kita.
Siapa sangka hal yang sedemikian terjadi dalam kehidupan kita namun kehidupan itukan penuh dengan kejutan dan keajaiban. Setiap yang berlaku telah tertulis seawal air mani bertempat dalam rahim.
Tuhan telah menentukan  keluarga mana kita akan dilahirkan, dugaan dan cubaan apa yang akan kita tempuhi tapi ALLAH berikan kita peluang untuk memilih jalan mana bagi menghadapi semua itu.
Bahkan soal jodoh juga  telah ditetapkan ALLAH 50 ribu tahun  sebelum ALLAH ciptakan langit dan lautan.

Kita sering mempersoalkan “kenapa ini terjadi dalam kehidupanku”, “kenapa harus dia”, “kenapa aku”,
seribu satu persoalan yang kita rangka namun jawapannya bukan pada kita,ALLAH yang menentukan segala-galanya. Setiap yang berlaku itu perancangan ALLAH dan setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya,yakin dengan janji  ALLAH.
Berhenti menyoal..Ikhlaskan hati, lapangkan dada untuk menerima semuanya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal  ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..”
(Surah Al-Baqarah: 216)


Ahad, 1 September 2013

Baiti Jannati

Rumahtangga Islam adalah rumah yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik kepada individu mahupun keseluruhan anggota rumahtangga. Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang didirikan di atas landasan ibadah. Merka bertemu dan berkumpul kerana ALLAH, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, kerana kecintaan mereka kepada ALLAH.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga teladan yang menjadi ikutan dan dambaan umat. Mereka selesa tinggal di dalamnya kerana kesejukkan iman dan kekayaan rohani. Mereka berkhidmat kepada ALLAH SWT, dalam suka mahupun duka, dalam senggang mahupun sempit.
Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang di dalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawadah (penuh cinta) dan rahmah (sarat kasih sayang). Perasaan itu sentiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana ‘syurga’ di dalamnya. Sesuai dengan slogan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, Baiti Jannati.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri kalian dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)


Pernikahan kita dengan suami atau isteri haruslah diniatkan kerana ALLAH. Bertemu dan berpisah juga kerana ALLAH. Hati kita hanyalah hati yang lemah. Fikiran kita bukan fikiran yang hebat. Allahlah yang mengerakkan kita agar mencintai dia. Dan ALLAH jugalah yang mengerakkan hati dia untuk mahu menerima kita.

Menjadi hamba yang lebih soleh / solehah merupakan cita-cita kita. Hamba soleh / solehah yang kelak akan mewarisi jannah ALLAH. Menjadi penghuninya dan mendapatkan rahmat ALLAH. ALLAH telah menyediakan calon isteri atau calon suami bagi kita di dunia ini untuk kita nikahi. Maka jangan sia-siakan pemberian ALLAH ini.

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan,
supaya kamu mengingati kebesaran ALLAH”
(Az-Zariyaat 49)

“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka, bukan golonganku’
(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah)

Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri kita agar lebih dekat dengan ALLAH. Agar hubungan pernikahan itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga ke jannah.
Amin,amin Ya Rabbul A’lamin.

Credit to: Burhan Sodiq
                “ Kerana ALLAH Aku Menikahimu”

Isnin, 26 Ogos 2013

Surat Dari Seorang Ibu Kepada Anaknya Yang Derhaka

Surat Dari Seorang Ibu Kepada Anaknya Yang Derhaka
 
Wahai anakku,   
beberapa kali aku memegang pena, namun titisan air mataku menghalangku untuk meneruskan tulisanku. Aku juga telah berusaha beberapa kali untuk menghentikan titisan air mata itu namun hatiku tetap bergetar.


Wahai anakku,

setelah melalui sekian lama umurku, sekarang aku telah melihatmu menjadi seorang yang dewasa dan berjaya memiliki perasaan. Waktu berjalan dengan cepat dan seakan-akan kamu bukan anakku yang aku kenali. Sungguh kamu telah mengabaikanku dan lupa akan hak-hakku, hari-hari berlalu namun aku tidak melihatmu, tidak mendengar suaramu, seakan kamu lupa kepada orang yang telah mengasuhmu sehingga dewasa.
 

Wahai anakku,
aku tidak meminta melainkan hanya sedikit, tempatkanlah aku di antara orang-orang yang kamu cintai di antara mereka meski yang paling jauh di sudut hatimu. Jadikan aku sebagai salah satu tempat persinggahan dalam hidupmu pada setiap hitungan bulan agar aku dapat melihatmu walau hanya sebentar.
 

Wahai anakku,
apakah ada ruang dihatimu untuk berbelas kasih kepada seorang wanita tua yang lemah, tertusuk duri dan tertimpa kesedihan. Kamu telah membuat kepedihan sebagai selimutnya, kamu alirkan air matanya, kamu buat hatinya bersedih, dan kamu putuskan hubungan dengannya.
Tidak, aku tidak akan mengadu, aku tidak akan mengeluh kesedihanku, kerana jika aduan dan keluhan itu sampai ke atas awan dan telah berada di depan pintu langit, maka kamu akan memperoleh balasan di atas kederhakaanmu, kamu akan memperoleh hukuman dan musibah. Tidak! Sekali lagi tidak! Aku tidak melakukannya kerana kamu masih cahaya hatiku, nafas kehidupanku, dan keindahan duniaku.
 

Wahai anakku,
takutlah kepada ALLAH, jangan sia-siakan ibumu, usap air matanya, hilangkan kesedihannya dan ketahuilah sesungguhnya siapa yang berbuat kebaikan, maka kebaikan itu akan kembali kepadanya, dan siapa yang berbuat keburukan, maka dia akan menerima keburukan itu.


“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah perkataan kepada mereka yang mulia
(yang bersopan santun).”
(Surah al-Isra’ : 23)


Credit to- Fathurrahman Muhammad Hasan Jamil
                “Indahnya SYURGA anak soleh, Dahsyatnya NERAKA anak derhaka."