SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Ahad, 1 September 2013

Baiti Jannati

Rumahtangga Islam adalah rumah yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik kepada individu mahupun keseluruhan anggota rumahtangga. Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang didirikan di atas landasan ibadah. Merka bertemu dan berkumpul kerana ALLAH, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, kerana kecintaan mereka kepada ALLAH.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga teladan yang menjadi ikutan dan dambaan umat. Mereka selesa tinggal di dalamnya kerana kesejukkan iman dan kekayaan rohani. Mereka berkhidmat kepada ALLAH SWT, dalam suka mahupun duka, dalam senggang mahupun sempit.
Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang di dalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawadah (penuh cinta) dan rahmah (sarat kasih sayang). Perasaan itu sentiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana ‘syurga’ di dalamnya. Sesuai dengan slogan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, Baiti Jannati.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri kalian dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)


Pernikahan kita dengan suami atau isteri haruslah diniatkan kerana ALLAH. Bertemu dan berpisah juga kerana ALLAH. Hati kita hanyalah hati yang lemah. Fikiran kita bukan fikiran yang hebat. Allahlah yang mengerakkan kita agar mencintai dia. Dan ALLAH jugalah yang mengerakkan hati dia untuk mahu menerima kita.

Menjadi hamba yang lebih soleh / solehah merupakan cita-cita kita. Hamba soleh / solehah yang kelak akan mewarisi jannah ALLAH. Menjadi penghuninya dan mendapatkan rahmat ALLAH. ALLAH telah menyediakan calon isteri atau calon suami bagi kita di dunia ini untuk kita nikahi. Maka jangan sia-siakan pemberian ALLAH ini.

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan,
supaya kamu mengingati kebesaran ALLAH”
(Az-Zariyaat 49)

“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka, bukan golonganku’
(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah)

Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri kita agar lebih dekat dengan ALLAH. Agar hubungan pernikahan itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga ke jannah.
Amin,amin Ya Rabbul A’lamin.

Credit to: Burhan Sodiq
                “ Kerana ALLAH Aku Menikahimu”

Tiada ulasan: