SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Ahad, 30 September 2012

Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu


“Tak Mengapa Sayang..”

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu cemburu, tak mengapa sayang,
Kerana ALLAH tahu, itulah perasaan yang paling layak,
Daripada isteri yang besar cintanya,
Cemburumu bukan kekurangan, ia sifat orang beriman,
Fitrah yang ALLAH berikan di dunia, dan bakal ALLAH hilangkan di syurga..
Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tamak, tak mengapa sayang,
Kerana ALLAH tahu, betapa dirimu dambakan kedudukan akhirat,
Menjaga agamu daripada terfitnah, dirimu sebenarnya sangat pemurah,
Sanggup menggadaikan keseluruhan milikmu, demi hidup tenang disamping Tuhanmu..
Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu sensitif, tak mengapa sayang,
Kerana ALLAH tahu, betapa terpujinya sensitivitimu,
Itu lambang lembutnya perasaan, simbolik jiwamu yang penyayang,
Anugerah kewanitaan yang menjadikanmu istimewa, sebagai isteri dan ibu..
Sayangku,
Biar mereka asyik menjelikkan, kita balas dengan meraikan,
Biarlah mereka membuat pilihan, tenanglah dengan pilihan kita,
Apa yang penting, kita tidak menanggung pilihan mereka,
Dan kita bahagia dengan pilihan kita, hidup ini sekejap cuma,
Moga kita semua mudah ke syurga, 
Bidadari dan pemuda kacak (wildan) menanti di sana,
Dirimu tetap istimewa,teruskan sayangku..
Sebarkanlah bahagia..

Assalamualaikum and peace be upon our Prophet Muhammad S.A.W..
Betapa indahnya sajak y dikarang khas oleh Dr. Muslih buat isteri y tercinta Qani’ah Syumaila,\
kisah cinta mereka begitu menyentuh jiwa..(sampai ad part y m’buatkan hani menangis tau)

Alhamdulilah pada 27/09/2012, I’m done with “Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu”..


The true is hani start baca since August, well my bad and now still got two more book to read =)..
For this time, hani x akan tulis panjang2 pun just want to share with all of you about this book
“Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu”..

Well “Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu”..hurm..what can I said..
Best + Awesome + Terbaik + Syumul + Perfect = Bahagia  bila m’bacanya..
Doa hani semoga Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi dapat terus menyebarkan kebahagian buat mereka y memerlukan dan semoga jalan hidup kalian d berkati dan d permudahkan ALLAH, insyaALLAH..
Mohon doa agar diri ini dapat m’contohi insan seperti Qani’ah Syumaila agar satu saat nanti diri ini juga akan turut merasa bahagia apabila m’perolehi insan seperti Dr. Muslih sebagai  pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasulullah S.A.W, insyaALLAH..



Tiada ulasan: