SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Rabu, 20 Februari 2013

"24434"


Assalamualaikum and peace be upon Muhammad SAW..
Kaifa Halukum??
Hani harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja..
Entry kali ini hani lebih terpanggil untuk berkongsi tentang info solat..
Seperti y semua tahu solat itu merupakan tiang agama,
tanpa tiang maka pincanglah dunia..
Namun amat menyedihkan bila masa ada lagi yang memandang ringan akan soal solat..
Moga entry ini dapat memberikan sedikit kesedaran buat semua..
Renung-renungkan dan selamat beramal..=)


DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

1. Solat Subuh
satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur
satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1000 orang umat islam.
3. Solat Ashar
satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan Kabbah.
4. Solat Maghrib
satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orang tua.
5. Solat Isya 
satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 SIKSA DI DUNIA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 SIKSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA MENGHADAPI SAKRATUL MAUT

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 SIKSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU DI DALAM KUBUR

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 SIKSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU KETIKA BERTEMU ALLAH

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


BALASAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDU

Dari Rasulullah SAW,
Diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu,
setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah,
kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya.
Lalu Rasulullah SAW bertanya:
“Siapakah ini wahai Jibril AS?
Jibril menjawab:
“Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan solat fardhu”
(Hadits Riwayat Tabrani, Sanad Shahih)

ALLAH berfirman,
"Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja,jika kamu benar-benar mengetahui."
Maka apakan kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(al-Mu'minuun:114-115)