SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Sabtu, 25 Mei 2013

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..=)
Wanita..

Bagai kuntuman bunga yang tidak mampu d tahan semerbak wanginya pesona hati dan jiwa..

Abu Hurairah melaporkan,katanya:
“Sentiasa mewasiatkan kebaikkan kepada para wanita. Ini kerana mereka diciptakan daripada tulung rusuk dan bahagian atas tulang rusuk adalah lebih bengkok daripada bahagian tulang rusuk yang lain. Apabila kalian memaksa diri meluruskannya, dikhuatiri ia patah. Tetapi sekiranya kalian mendiamkannya, ia tetap dalam keadaan bengkok. 
Oleh sebab itu, wasiatkan kebaikan kepada para wanita”

Direkodkan oleh Al-Bukhari..

Begitu kita d utamakan dengan segala kebaikkan..
Wanita y d jadikan dengan penuh kelembutan, kesopanan dan keistimewaan..
Dirimu umpama sekuntum mawar yang terlalu cantik d pandangan mata..
Namun dirimu d penuhi dengan duri-duri tajam..
Silap percaturan maka luka y d kau hadiahkan..
Namun itu bukan suatu kekurangan bahkan ia nya suatu kelebihan..
Kelebihan y d kau miliki untuk memelihara dirimu dari d sentuh tangan-tangan y durjana..
Wanita itu..
Bukan dari tulang ubun ia dicipta,
Sebab berbahaya membiarkannya d sanjung dan d puja,
Tidak juga dari tulang kaki,
Kerana nista menjadikannya d injak-injak dan d perbudak,
Tetapi daripada rusuk kiri,
Dekat dengan hati bagi d cintai,
Dekat dengan tangan bagi d lindungi..


D sebalik bersih wajahmu,
D sebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,
Yang takut pada Ilahi,
Berpegang pada janji mengabdikan diri..
Setia cintamu pada Kekasih Yang Abadi..
Setia kasihmu pada Insan Yang Suci..
Setia rindumu pada Zauj Yang D Nanti..



Wanita itu umpama misykat..
Meski pesonamu mampu d lihat oleh semua..
Namun dirimu hanya berhak d sentuh oleh mereka y benar-benar layak..

“Sebagai misykat (lubang yang tidak tembus) yang berisi lampu,
lampu itu di dalam kandil (pelita),
pelita itu jernih laksana bintang yang bersinar..”
Surah an-Nur: ayat 35

Cahaya yang menyinari ruang secara optimum bukan apabila ia d letakkan d tengah ruangan.
Ia juga tidak memancar terang apabila d biarkan menebar cahaya d tempat tertinggi d tengah kamar.
Ia bermanfaat sepenuhnya semasa berada d sudut, tersembunyi dan membatasi tebaran citranya..
Wanita itu cantik,mulia dan mempesona dengan dandanan iman,cantiknya dia kerana akhlaknya..



Dan orang yang berusaha berjuang demi agama Kami,
Kami memimpin mereka ke jalan-jalan Kami.
Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang berusaha memperbaiki amalannya..
Surah al-Ankabut: ayat 69

Wanita dirimu begitu istimewa d sisiNYA..
Jagalah akan dirimu, akhlakmu, peribadimu dan tutur katamu..
Semoga d kau menjadi anak solehah y d damba para abi dan umi..
Semoga d kau menjadi zaujah idaman y d nanti zauj beriman..
Semoga d kau menjadi umi y d impi para anak..
Semoga d kau menjadi salah seorang wanita y d cemburui bidadari syurga..
Assalamualaikum,jaga diri,jaga iman dan jaga hati =)


Tiada ulasan: