SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Khamis, 23 Mei 2013

Syair Ra'biah Adawiyah


Damaiku,wahai saudara-saudaraku,
Dalam sendirianku..
Dan kekasihku bila selamanya bersamaku,
Kerana cinta-NYA itu..
Tidak ada duanya,
Dan cinta-NYA itu mengujiku,
Di antara keindahan yang fana ini,
Pada saat aku merenungi Keindahan-Nya,
DIA-lah “mihrabku”..
DIA-lah “kiblatku”.. 
Jika aku mati kerana cintaku,
Sebelum aku mendapat kepuasanku,
Amboi, alangkah hinanya hidupku di dunia ini,
Oh, penglipur lara jiwa yang terbakar ghairah,
Juangku bila bersatu dengan-MU telah menenangkan jiwaku,
Wahai Kebahagiaanku dan Hidupku selamanya,
Engkau-lah sumber hidupku,
Dan dari- MU jua datang kebahagiaanku,
Telah ku tinggalkan semua keindahan fana ini dariku,
Harapku dapat bersatu dengan-MU,
Kerana itulah hidup kutuju..

Rabi’ah Adawiyah
‘Ya ALLAH aku tidak layak untuk Syurga-MU namun Aku juga takut azab Neraka-MU”

Tiada ulasan: