SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Sabtu, 22 September 2012

Fitrah Hati =)



Assalamualaikum and peace be upon you Muhammad S.A.W..
Buat semua yang hani kasihi kerana ALLAH S.W.T ada sesuatu yang ingin hani katakan d saat ini..
Fitrah seorang manusia itu d lahirkan sebagai insan yang suci, bersih dari segala dosa dan noda..
Namun dalam mengharungi kehidupan di dunia ini adakalanya kita gagal dalam memelihara fitrah diri ini,hanya keampunan yang ingin d pohon atas segala kealpaan dan kelalaian dalam memelihara fitrah diri ini Ya ALLAH..
Tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa,sedari akan dosa yang kita lakukan namun apa tindakan kita??
Adakah kita menyesal dengan apa yang kita lakukan??
Adakah pintu taubat yang kita cari??
Adakah keampunan ALLAH yang kita pohon??
Wahai insan yang hani sayangi kerana ALLAH S.W.T,
ketahuilah bahawa ALLAH amat menyayangi kita sebagai hambanya..
ALLAH bersabda,
"Beritahu hamba-hambaku yang mana mereka telah kecewa terhadap diri mereka,jangan mereka berputus asa dengan rahmat ALLAH..jangan mereka kecewa dengan rahmat ALLAH..ALLAH mengampunkan segala dosa"..
Tidak kira sebesar mana dosa yang kita lakukan,insyaALLAH ia nya d ampunkan oleh ALLAH S.W.T..
Bangkitlah wahai insan yang hani sayangi kerana ALLAH S.W.T,
jangan kita terus-terusan hidup dengan bergelumang dengan dosa,ALLAH teramat mencintai kita..

Mari kita sama-sama memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini,
lupakan kesilapan masa lalu yang kita lakukan,
jadikan ia sebagai satu rahsia yang tersimpan kemas dalam lipatan sejarah hidup kita..

Istighfar kepada ALLAH,kembali kepada ALLAH dan pohon keampunan kepada ALLAH..
Pintu taubatNYA tidak pernah tertutup buat hamba-hambanya,ALLAH itu Maha Penyayang..
ALLAH bersabda,
"Wahai hambaku,jika dosamu itu setinggi langit,kemudian engkau istighfar,engkau memohon keampunan daripadaKU maka AKU ampunkan engkau"..
Sebegitu sekali sayangnya ALLAH S.W.T terhadap kita namun seringkali kita gagal dalam mengerjakan apa yang disuruhNYA,seringkali kita kecewakanNYA dengan tindakan kita..
Wahai insan yang hani sayangi kerana ALLAH S.W.T,
diri ini teramat mencintaimu..
namun jauh d sudut hati kecil ini diri ini terlalu sedih dengan jalan hidup yang kau pilih..

daku tahu yang ia nya tidak mudah namun janganlah kau berputus asa,
teruskan bermujahadah..insyaALLAH sesuatu y indah sedang menantimu..

wahai pemuda pejuang agama dan wahai pemudi srikandi agama,
Bangunlah,bangkitlah,hatimu itu masih belum mati untuk menyedari hakikat yang hidup ini hanyalah sementara,kehidupan sebenar kita adalah disana..
Peliharlah fitrah dirimu agar nanti disaat fitnah dunia menghampirimu kau dapat melaluinya dengan penuh yakin..
Berubahlah demi agamamu, demi kedua ibubapa, demi keluargamu, demi guru-gurumu, demi rakan-rakanmu, demi bangsamu dan demi kehidupanmu..
Wahai insan yang hani sayangi kerana ALLAH S.W.T,
ALLAH teramat menyayangimu dan ingin melihat dirimu berjaya d dunia dan d akhirat..
Pelihara fitrah dirimu agar dikau terpelihara dari mendekati zina dan d pelihara dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak..
Islam itu indah dan berbahagialah kerana dirimu adalah insan yang istimewa..



Tiada ulasan: