SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Jumaat, 23 November 2012

10 Muharam (Hari Asyura)


Assalamualaikum and peace be upon Muhammad SAW..

“10 muharam 1434 hijrah”..

Alhamdulilah syukur untuk kali ini hani d berikan peluang untuk meraikan Hari Asyura bersama penduduk-penduduk Kg Gajah,baik-baik sungguh penduduk d sini..
“Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan rezeki buat kalian,In Syaa ALLAH,amin..”

10 muharam adalah hari d mana Allah telah:
Menjadikan langit dan bumi
Menjadikan bukit-bukit
Menjadikan laut
Menjadikan loh mahfuz dan qalam
Menjadikan adam dan hawa
Menjadikan syurga dan neraka
Memasukkan adam ke syurga 
Memberi taubat kepada adam dan diampunkan dosa nabi daud
Kembalinya kerajaan nabi sulaiman
Kiamat akan terjadi

Puasa pada hari ‘Asyura’

Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat y amat dituntut..
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: 

“Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya
(bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut)”
(Hadis riwayat Muslim)


Didahului Dengan Puasa Tasu‘a’ (9 Muharram)

Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi y berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi.
Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” 
(Hadis riwayat al-Baihaqi)



Solat sunat tahajjud pada malam 10 Muharam
Rakaat pertama-Ayat Kursi 7kali
Rakaat kedua-Surah Al Ikhlas 11kali

Solat sunat sebelum subuh (2rakaat)

Bersedekah
Berzikir

Menyenangkan hati kaum keluarga

Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga d sunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura,
Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”
 (Hadis riwayat al-Baihaqi)


"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw 
dan mengenyangkan perut mereka."

"Selamat Beramal"

Any things to ask drop your question on the ask me box down below this blog page..
Thanks to c dy coz sudi teman kawan dy y sorang ni update blog awal-awal pagi macam ni even x sihat..

Akhi dan ukhti y hani cintai kerana ALLAH SWT,
‘jaga diri,jaga hati dan jaga imanmu’..
Akhir kata dari hani "maaf d pohon jika ad y tidak senang dengan ap y hani perkatakan"..
A lot of love from me toward you all,assalamualaikum..

Tiada ulasan: