SeUnTaI KaTa u D kOnGsI

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Ahad, 1 April 2012

USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"


JODOH ♥♥
USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan.."
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya..
Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan - Berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan..
KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan...
KELAK..
Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..!! 


Tiada ulasan: